KERTAS KERJA
Jawatankuasa SMTComm 2019 ingin menjemput penulis menghantar kertas kerja / artikel dalam sub-tema khusus dan lain-lain yang termasuk dalam skop persidangan ini iaitu Multimedia & ICT, Media dan Komunikasi. Walau bagaimanapun, kertas kerja yang akan dibentangkan dalam persidangan ini mestilah belum dibentang, diterima atau diterbitkan di persidangan lain. Kami menerima kertas kerja dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Semua kertas yang dikemukakan akan dikenakan proses semakan yang ketat. Penulis diingatkan untuk mengikuti keperluan pemformatan kertas kerja seperti yang disediakan. Sila rujuk templat kertas kerja SMTComm2019 untuk keperluan pemformatan tersebut. Kertas kerja lengkap dan dibentangkan akan diterbitkan dalam SMTComm 2019 E-Prosiding diindeks oleh Malaysia Citation Index (MyCite).
​Klik pautan SMTComm 2019 (untuk muat turun templat kertas kerja)